Penjoin kelabi Milani

20 November 2010

teknik "EFFECT HUJAN" dalam gambar



haaa...kalau dah ade DSLR, tp x taw nak edit gamba pon x guna jugak okey...so malam ni aq xde keje nk wt, aq terjumpa satu blog yg ajaq cmne nak wat "EFFECT HUJAN" kat gamba yg xde hujan pon...real bai...tgk la step dy satu persatu...


FOTO ASAL:

FOTO HASIL:

Lihat kepada perubahan mood warna dan juga efek hujan pada foto hasil berbanding foto asal. Mari kita buat.

LANGKAH 1:

  • Buka satu foto yang sesuai untuk tutorial ini. Foto pemandangan mungkin yang paling sesuai.

LANGKAH 2:

  • Tambahkan satu layer baru di atas layer Background.
  • Fillkan layer baru ini dengan warna hitam (Tekan huruf ‘D’ dan kemudian tekan Alt+Backspace atau guna Paint Bucket).

LANGKAH 3:

  • Applykan Noise. Klik menu Filter > Noise > Add Noise.
  • Masukkan Amount lebih kurang 25%, Gaussian dan Monochromatic.

LANGKAH 4:

  • Applykan Motion Blur. Klik menu Filter > Blur > Motion Blur.
  • Masukkan Angle: -60 dan Distance: 20 pixels. Ubah mengikut kesesuai foto anda.
  • Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Screen.

LANGKAH 5:

  • Laraskan Level pada layer noise tersebut. Tekan Ctrl + L.
  • Laraskan lebih kurang seperti di dalam imej di atas. Dapatkan efek hujan yang anda ingini mengikut kesesuaian foto. Nak hujan lebat ke nak hujan renyai ke ;)

LANGKAH 6:

  • Untuk mendapatkan langit yang mendung, tambah satu lagi layer baru.
  • Setkan layer blend mode kepada Overlay dan opacity: 60%.
  • Setkan warna foreground kepada Hitam. Tekan huruf  ‘D’.
  • Pilih Brush Tool dan pilih Soft Brush. Sapukan pada bahagian langit. Anda akan dapati langit akan menjadi sedikit biru dan gelap.

LANGKAH 7:

  • Akhir sekali untuk mendapatkan mood warna redup dan mendung, kita akan gunakan Adjustment Layer > Hue/Saturation dan Color Balance.
  • Klik ikon ‘create new fill or adjustment layer‘ di bahagian bawah panel layer dan pilihHue/Saturation. Setkan seperti di bawah ini:
  • Kemudian, klik ikon lagi ‘create new fill or adjustment layer‘ di bahagian bawah panel layer dan pilih Color Balance. Setkan seperti di bawah ini (pada Midtones dan Shadows):
Itu sahaja. Siap!

HASIL: tadaaaa....


"selamat mencuba u'ollzzzz"

molot herot-berot anda

1 comment:

  1. menarik ...
    tp gambar yang terbaik terhasil dr sebuah lensa ...
    apa kata hang amik ja gambaq time hujan betoi2
    br nampak real ... he he he he

    ReplyDelete