Penjoin kelabi Milani

25 October 2011

WISH LIST 27 OKTOBER 2011.


Salam. Salam Sejahtera semua.

Sebelum kita menyetart membaca post ni..
sila ikot arahan saya dahulu supaya anda tidak dijangkiti
 dengan virus-virus yang tidak diinginkan. 
baiklah!
Pertama:  tarik nafas dalam-dalam, sampai nampak urat kat telinge masing2 ok?

Kedua: still tahan lagi nafas anda tu. sila buat mulut muncung mcm ni.

comel gilaa. korang mampoo? 
ketiga:  pergi rapatkan mulut tu depan letop masing-masing.

keempat: sila tiup kuat2 ok. fussssssssssss~

Bukan apa dah bersarang tebuan, semut, anai, tikus, cecak and lipas suma bagai. 
sudah lama x reti2 hupdate blog ni.
untunglah... =.=

ok esok 26/10/2011 and then 27 oktober 2011. 
jatuh la tarikh keramat kelahiran
 seorang anak lelaki pasangan suhaimi & fauziah
yang hensem lagi bijaksana!
(kecepuk jatuh)
hahaha
nama beliau x lain x bukan ialah Mohamad Safiq a.k.a Apek.
beliau merupakan hot setappp yg dikalangan
pemuda-pemuda yg ada di USM.
Boleh tahan la~~
++, (pengsan dengar!)

so, utk nak masuk umor 22 tahun ni.
dengan rasa muda, jiwa muda, kelihatan muda diriku,
aku nak buat wish list sikit la,
sikit je, x banyak pon.
bukan apa sangat pon,
memudahkan orang-orang nak bagi HADIAH.
x yah nak pening-pening cari.
well~

wish list birthday boy 2011:

                                                                               1) BEG JENAMA PADINI.

sempat amik kan gambaq kat patung tu! lawa la.. nak! nak!
Justifikasi: 
Bila tahun 3 ni, banyak kajian luar yg aku buat la. Semestar ni je ada 3 projek kajian luar. omg!
So, demi memudahkan pergerakan, 
aku teringin beg sandang tepi nie.
Cari punya cari. Mata terus lekat kt satu sudut,
x mau dah tengok beg lain dah.
Btaw, da lebih 10 kali aku pi Padini, QB semata-mata nak tengok beg ni je.. heaven kan~
lama dah aku aim beg ni!
Sempoi. sesuai dengan citarasa aku yg suka benda simple but nice.
= =, untunglah kalau dapat! hehe



snap! snap! motip kan amik gambaq. siap dalam almari kaca gitew.
 2) PERFUME BANANA REPUBLIC.

 Justifikasi:
Tahun lepas ada kawan aku from UPM penah approach kat aku utk cari perfume jenama BANANA REPUBLIC. 
Cari punya cari kat seluruh Melesia nie, serius ramai yg x pernah dengar jenama nie.
Then akhirnya aku jumpe gak perfume ni kat QB, baunya agak tertawan la! Serius sedap woo. Talak tipoo punyer. Boleh naik sheikh la sapa2 terhidu. 
 Sebenarnya aku dah start nak jinak2 dengan perdume collection. so aku pilih perfume jenama BR. ni as wish list aku kali ni.
terbaekk~ @@,





cincin lambang kemachoan lelaki zmn sekarang.
3) CINCIN LELAKI MATERIAL PLATINUM.

Justifikasi:
Aku penah pergi 1 kursus kendiri la, Pimpin Siswa Lanjutan at Langkawi gitew. 
pencaramah tu cakap (akak richie), lelaki kena pakai eksesori supaya dapat menjaga penampilan diri agar nampak segak dan kemas.
antaranya ialah eksesori lelaki yg wajib pakai ialah cincin. "Bila lelaki pakai cincin, dia akan nmpak seseorang lelaki itu lebih tampil berkeyakinan & kekal MACHO" ni ayat dia. korang ada??
haha  oleh itu, demi menjaga kemachoan diri aku ni, cincin buatan platinum= ringan dan x kan karat, x payah nak batu-batu sangat la, ada batu mcm blink2 gegurl. hehe
alaa~ yg ni beli la kat LAZO DIAMOND. ada         promotion tuh! Demand kan~ = =,



sempat jugak la belek-belek kat kedai tu. =)
4) JAM TANGAN SWATCH.

Justifikasi: 
Jam tangan adalah salah satu eksesori wajib bagi seorang lelaki. so, aku memilih jam tangan besi jenama SWATCH (alaa ade kat QB tu kat kedai swatch), hmm kalau x silap la kan, jam yg aku nk buat as wish list ni dia ada banyak kaler for choose la, hitam, silver, biru gelap, merah and aku like2 tahap babeng warna coklat. cantik bangat la! hitam dah common sangat la kot. so demi mengikut kaler kulit aku yg semakin hitam ni sbb burn buat kajian, sesuai sangat la kaler tanah. x la kontra sangat kan. =) harga dia kalau x silap aku. hmmm RM 565.00 Ringgit Malaysia ok.
fuhhh~~ lai-lai mulah-mulah punya. untunglah~



Al- Ikhsan banyak. hehe
5)  NIKE RUNNING SPORT SHOES.

Justifikasi: 
Mudah utk pergi wat joging, cycling, pi wat   
sampling, kursus outdoor dan sebagainya.
motif?? nike tahan lasak dan warna yg menarik.








6) HOUSING COVER SAMSUNG GALAXY S PLUS.

Justifikasi:
 Punya la pemalas nak cari kan, haousing hp pon nak wat wish list. x guna kan? haha
now, ramai yg tergila-gilakan Samsung, aku pon x semena-mena pon reti plak tukaq ke samsung S plus.. x  nak pkiaq la! da beli da pon. hehe
now ni, cover housing yg aku pakai ala2 yg getah tu.
oh my...benda getah tu mcm menyusahkan kot. mengkotoqkan original housing. so, yg aku wish nk ala2 galaxy S 2  la jugak. housing yg keras tapi x nak yg ada lobang2 kt cover housing ni. boleh bayangkan? ok x taw sila tanya,. =)



Begitulah wish list aku utk besday boy tahun ni. tahun lepas aku dapat ultromen + itik mainan yg budak2 wat mndi dalam tab mandi tu. ok so sweet, aku rasa mcm nak wat p mndi skali jer. hehe 
so, i wish utk besday kali ini, it can make me bertambah matang dalam membuat keputusan hidup. aku juga berharap agar tahun ni x kena prank~ setiap tahun mesti kena punya lah. ni dah tahun akhir, harap-harap xde la! hehe korang memang sweet sangat la. sayang korang2 ni.=) thanx a lot membaca. kalau nak bagi hadiah xde hal la. 
HAPPY BIRTHDAY 22 YEAR OLD!

Sekian terima kasih, gud nite semua.

molot herot-berot anda

24 August 2011

Hitik kuning kesukaan ramai


Salamualaikom.

Hamboih bersengsawang blog haku ni,
berapa lama x menghupdate blog daa,
ini kalau ternak lintah, mau gemok lintah kat sini,
tadak sapa yg kacau.
Ok gemok! sensitip di sini utk haku.

72 KG!
.
.
.
.
.
65 KG!
Nampak benar berangan,
padahal maintan gemok mcm tu jgak.
ohh kerdilnya hambamu ini.

molot herot-berot anda

08 June 2011

Menyemak kan diri.


lama x hupdate,
btaw, xde keje cari keje!
bamm bamm boom!

molot herot-berot anda

08 May 2011

selamat hari ibu MAK.


Pada saat indah begini,
walaupun mak berada jauh daripada aku,
namun tak penah sekali aku melupakan mu,
dan kasih sayangku padamu mak,
tak penah pudar daripada
ingatan abang.

abang sangat rindukan mak,
terima kasih kerana mnenjaga
dan membesarkan abang
dengan penuh jiwa dan belain mu mak,
minta maaf kalau abang ada sakitkan
hati mak selama ini.

we miss u mom
HAPPY MOTHER DAY
dan
TERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN MAK SELAMA INI

from: sapik suhaimi







molot herot-berot anda

27 April 2011

Vitamin B complex- makin gemok??


Salam Sejahtera semua.
Oleh sebab sekarang ni musim exam,
demi menjaga kesihatan badan dan otak,
seperti biasa,
 aku akan cari pil vitamin B complex,
sebab nak beri daya tahan badan aku bertambah kuat,
terhadap serangan virus-virus luar,
dan membekalkan tenaga yg cukup semasa minggu exam ni,
yela..masa2 exam ni lah,
badan cepat  sangat letih,
sebab pulun study last2 minit.
(kebiasaan dak Universiti la kan),
otak pun cepat kremm.


ok sedikit info utk Vitamin B complex ni :


molot herot-berot anda

15 April 2011

ludah kahak kat susu soya yang sedap. hakk tuihh!


demm. demm. demm
ado donga tak,
ado orang jual susu soya yang sangat laku,
wow. hebat beb,
katanya ade penjual susu soya guna pelaris,
pelaris yg mcm mana tu?
guna susuk ker?
guna cuk botox ker?
guna patung mcm kat kedai2 mamak
khalel & subaidah ker?
(pi tengok kalau x caya)
or
guna pelaris wanita sexy
sebagai tarikan utama pelanggan,
(nie original punye pelaris),



molot herot-berot anda

14 April 2011

oh ceciter- kereta kabel di genting terjatuh??


Salamualaikom.
beb! beb! beb!
korang penah dengar citer ni kan?
alaa citer kereta kabel kat Genting Highland terhempas jatuh gedebuk,
sure ke penah dengar?

seriusly, aku penah dengar,
cerita ni sebenarnya,
agak x femes, 
katanya demi tidak menakutkan orang ramai
datang ke Genting Highland,
almaklomlah, dah dekat2 cuti sem ni,
rugi kot kalau dak2 takut nk p sane,
sebab cuak nk naik kereta kabel & terhempas.
ruginyaa....


molot herot-berot anda

12 April 2011

kenali telur ayam ciplak..nasib telur


hye guys.
sekarang ni dok heboh citer pasai
teloq ayam palsuq,
di mana ia penuh dengan bahan kimia,
dibuat dan diadun seakan-akan sama,
dengan telur ayam yg asli.
kalau nak tahu,
kini ia sangat-sangat meluas di pasaran dunia,
malah di negara kita sendiri pon melambak,

baik..
mari kita tengok, 
beza antara telur ayam asli & tiruan.
melalui:

Step 1- KULIT TELUR YG LEPAS DIKUPAS.
Telur ayam palsu, bentuk telur itu tidak sekata selepas dikupas.
Telur ayam tulen pula, lebih clean and clear selepas dikupas kulitnya.
P/s: oh patutnya telur yg aku dapat lepas pergi kenduri kawen,
bila aku nak makan kulit semua berterabuk jah, mengelupas sana sini.
tiruan rupenye!
ke aku yg bukak ganas sangat. ah failed la bukak telur.
(kalau org ganas kupas kulit telur ori pun akan hancur mcm telur ayam tiruan jgak kan)

Step 2- ADA RUANG UDARA
Ini telur ayam tiruan, ia tiada ruang udara di dalam nya.
yang ini pula ada ruang udara. sah telur ayam asli.
P/s: nak tahu original ke x, korang kene rebus dulu la,
lepas tu tebuk atas telur tu, kalau ada ruang udara,
makna nye okeh boleh makan la tu.

Step 3- SELAPUT HITAM DI DALAM NYA.
Pelik. tengok ada selaput hitam yg aneh.
ini telur ayam tiruan.
telur ayam asli cantik je, tiada selaput hitam yg pelik.
p/s: kalau sebelum makan tu, pecah-pecahkan dulu la
telur ayam yg korang goreng @ rebus tu, kalau ada selaput itam,
better x yah makan, kang ado yg kene kanser pulak.
hahaha

Step 4- TELUR REBUS YG ANEH
Ade bintik merah & bentuk lebih pejal selepas di rebus.
KIRI-PALSU, KANAN- ASLI.
Step 5- PECAHKAN TELUR
Berterabur kuning telur apabila telur tersebut dipecahkan.
P/s: cuba-cuba la test, try, tengok kalau nak masak telur dadar tu,
pecahkan dulu, kalau kuning nye bulat, xde lebihan-lebihan,
barulah masukkan bawang + lada+ garam yer.

Step 6- WARNA KULIT TELUR
Putih suci- ASLI, cokelat2- TIRUAN
Step 7: BENTUK TELUR.
telur ayam paslu- bentuk bujur & herot berot,
telur ayam asli- cantik je bulatnye.
ermm, ini lah antara langkah-langkah
fizikal yg boleh kita jadikan rujukan
untuk membezakan sama ada
telur ayam tersebut asli atau tiruan.
kalau nak tahu jugak,
mcm mana PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP),
boleh mengkantoikan dan mengkaji masalah telur tiruan nie?
baiklah, mengikut SUMBER mengatakan bahawa,
ada pengguna yg membeli 30 biji telur ayam di Pasar Pulau Tikus
dengan harga RM 11. wow murah la..
disinilah CAP merasa hairan sedangkan harga pasaran
 untuk sebiji telur adalah lebih mahal berbanding yg ada.
jadi, kita yg di USM ni mcm terdedah je kan?
mana tahu, mamak-mamak & mak cik2 cafe jugak
beli telur ayam dari Pasar Pulau Tikus,
yelaa...murah sangat! sape x nak untung kan.

dan
bila dah jadi isu telur ayam ni byk yg tiruan,
mesti gerai-gerai & mak cik2 cafe akan naikkan harga
makanan dengan alasan,
ni telur ori dik, mahal sikit.
kompem punya la!
alahai.. nasib telur la..

dan menjadi lebih peningkan kepala,
jabatan vaterinar mengeluarkan statement bahawa,
tiada telur ayam tiruan di jual di pasaran MALAYSIA,
berdasarkan telur yg dirampas di Pulau Tikus 
tempoh hari,
ia bukan telur tiruan,ia telur asli 
selepas mereka membuat kajian fizikal
berdasarkan saiz yg pelik.
"keganjilan" saiz telur ini,
sepatutnya tidak dijual di negara ini,

“Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.
Sekian sekilas pandang dari pena.


aarrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! 


molot herot-berot anda

tanda-tanda orang menipu & mengelak.


teringat dengan 1 peristiwa polak,
tetibe tergerak nak cari statement ni,
umm..
mcm berguna jgak.
ce-tengok kan.
kot2 mengena..
haha


Petunjuk-petunjuk Penipuan


Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.



1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.



2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.



3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.



4. Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.



5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.



6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.



7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.



8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.



9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.



10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.



11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.



12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.



13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.



14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.



15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.



Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya anda hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Anda perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek



Sumber : Blogger ukirancinta

molot herot-berot anda

11 April 2011

its time to suka & duka.


HUH!!
dah bersarang belog aku ni,
lama jugak aku x hupdate belog terchenta nie,
aku bizi la bai,
al-maklomlah nak pilihan raya negeri SWAK kan.
hoi-hoi 
xde kaitan la!
merepek jah.


SUKA:

S- Sapik
U- Ummphh
K- Kendu
A- Arr
fine!
merepek lagi!
ok2, selama aq x dan nk post ni,
byk bende2 best kat berlaku kat aku,

SATU:
 Dah lepas jawatan sebagai NYDP kat kelab geo usm,
uh lega sangat2 la,
even x banyak program yg buat,
at least kami bangga dapat idupkan semula
kelab ni,
walaupon "RAMAI" yg cuba boloskan kekuatan kami.
ah nanti2 la citer
yg penting 1 tanggungjawab dah langsai.




ini lah suka sakan wat kerja sama2 dlam kelab geo.
luv korang la.

DUA:
 Projek MAMPIR: MALAM PENGHARGAAN IKMAR
berjalan dengan baik,
malah ia seperti permulaan utk IKMAR
melakukan evolusi.
mana taknya,
aku melihat mampir ini
seperti dapat mengeratkan semula ikmar,
yg lama-lama kami rapatkan semula,
dah nampak da bayang2..hehe
satu lagi,
aku terharu bila tengok adik2, abang2, kakak,
merewang kat dapur, 
sediakan hidangan nasi ambeng,
even msa tu kitowang jah yg tahu
betapa kelam kelibut gila,
hehe
tp mesra semua tetap ada.
thanx la.
aku bangga menjadi pelopor utama
MAMPIR yg pertama kat IKMAR.
ehem! bukan senang ok jadi pengarah projek 
MAMPIR ni,
kelainan nak kene cari.
fuhh! memang kelainan nama MAMPIR & NASI AMBENG 
+ vespa & basikal tua
menjadi tarikan utama la,
tak sio-sio la
dalam masa dua hari jah,
kami dapat kumpul 200 orang peserta,
tu pon ada yg nak lagi tuh,
tapi x nak la ramai2,
risiko kot.
hehhe
tu je la yg mampu utk mampir kali ni.

respon kata: makan memang puas gila,
pakai talam ok.
hahaha







secara jujur, aku memang suka tengok gambar2 masa MAMPIR ni.
kami mcm family. CERIA, MESRA DAN NAKAL.
kami bangga menjadi ahli IKMAR dan MAMPIR.

TIGA: 
Dinner kali ni semua aku dapat adiah,
dinner hoki, dinner tot, dinner convex, dinner amlis,
dinner geo, mampir,
hampir semua aku menang cabutan bertuah.
ish 1st time kot dapat.
alhamdulillah~
murah rezeki.
allah nak bagi kan.

paling x ley bla!
aku jd best dressed masa dinner AMLIS.
wow! mcm rabun ayam dak2 ni
pilih aku,
tapi memang aku ptt menang kot sebab,
aku ikot tema,
kotemporari la katakan
aku menang botol rm2.
hahaha





hehehe tuu..tuuuu..tuu
botol RM2 from AMLIS
Thanx u olz!

EMPAT: eermm saya ada JOHAN
yey! yey! JOHAN ada disisi saya selalu,
ari2 kene belai,
kene mandikan,
kene urut2 kan,
kene bagi dia makan,
ish! dah la putih.
geram taw.
harap2 JOHAN
sehat selalu la erk!
haha
mana JOHAN oiii!
mana ni
sat2-----
> < ,

cute gila!
ah man0-mano yg ada sakit asma,
gaut ka, lemah lutut kah,
gi kelik2,
jangan ngado2 nak pegang2 JOHAN ni ok.
haha

LIMA: 
Dapat tengok movie JUSTIN BIEBER,
"NEVER SAY NEVER"
kalau nk tau,
memang lama da aku tunggu movie ni,
sebab aku agak minat ngan suara dia ni.
cuba la tengok LIVE sedap x sedap 
suara dia even da pecah sekang suara dia,
ramai yg kata J.B ni mcm pondan,
yela suara kepit,
but tu kalau dengar kat radio ke mana2 ke kan
kalau nak tau pondan ke x dia ni,
p la tengok movie dia ni
kuar 14 april 2011, 
tapi aku menjadi orang terawal yg p tengok
tayangan perdana nya ritu.
gila kental sedap beb!
hehehe



ummppp rasa nya x ramai yg tau kot
sabtu malam ahad ritu dah keluar tayangan perdana dia ni!
hehe

ok kita tukaq pada yg DUKA polak:

D- Demm
U- You (U)
K- Kiss
A- Apek (nama aku la)

see! merepek jah la.

SATU:
 kes aku x selesai lagi,
walau CCTV dah keluar,
dah p jumpe saspek2
but xde yg nak ngaku.
yela
"orang gila berak tengah jalan pon,
dia x nak ngaku tu taik dia kan"

DUA: 
mcm-mcm dah cuba,
sana-sini dah perabih,
kes tetap x jalan,
nasib bek la BIMB dah keluarkan
CCTV but agak tak membantu kot.
hemm~

TIGA: 
"ramai" yg kata,
sah memang dia yg mencurik duet aku,
entah!
x tahu dah nak kata ape.
aku boleh cakap,
kalau ko amik duet aku,
aku redha kan nye,
sebab tu bukan rezki aku kot,
tapi biarlah ALLAH
yg membalasnya,
mybe bukan sekarang,
satu hari nnti sapa tahu kan?
kuasa ALLAH.

EMPAT: 
duka la sebab mcm x de harapan
dah nak dapatkan duet yg dlm bank
tuh.
sangat2 duka,
mcm mana nk sara idup kat usm ni,
yg tinggal berapa bualn jer,
mcm mana nak bayaq duit kereta,
mcm mana nak bayaq duit makan,
mcm mana nak isi minyak,
sume tu guna kan duet ok!
bukannye daun nangka,
petik tepi jalan,
gi kaunter dan bayar,
hurm~

LIMA: 
embah kata,
sabar la cu.
ada hikmah.
yes aku tengah belajaq sabar,
sabar itu separuh daripada iman,
allah tahu segalanya.
insyallah,
semua yg berlaku sebagai pengajaran
utk aku dan orang lain
engat! jangan guna no pin IC kat kad atm korang yer,
pencuri memang bijak walaupan dia bodoh.
hahaha

ENAM:
 ada kawan yg dah berubah,
dulu rapat,
sekarang bagai musuh
kenapa?
mcm ada something x kene la.
bio la.
embah kata!
sabar yer.

dan yg TERAKHIR
ni bukan suka or duka
tapi mcm x tau nak dikategorikan sebagai ape,

kalau nak taw,
tanggal 29 mac 2011,
aku telah dipilih sebagai YDP IKATAN MAHASISWA/I JOHOR USM
pada korang la kan.
kalau korang dpat amanah ni
rasa2 korang suka x?
ke memang tebal muka sangat2 suka,
aku labelkan yg aku
nak kata x suka x jugak,
suka pon x jugak,
try nak tolak,
tapi bila pikiorkan
ia amanah daripada sahabat2 yg ada,
aku teruskan juga.
cuma byk bende yg kene belajaq ok,
mana-mana kesilapan kita betolkan
la sama-sama la ea.
hehe
cuma aku suka sebutkan la
beberapa word sejak jadi YDP ni,
"legasi-delegasi-menjohorkan-ikmar"
mungkin ia akan menjadi motto aku kot,
"akan kita sama-sama melegasikan IKMAR bersama delegasi yg ada"
oh semangat polak pak cik nie.
hahaha






inilah keluarga baru aku.
IKMAR USM TARBAIK LA!


ok la
nite!
oi da pagi la
tido~



molot herot-berot anda

25 March 2011

TEKA-TEKA Sekali betol polak. hope so!


baik kita sambung
dengan kes aku yg BESAQ tue,
tup-tap,
dup- dap
dap-dip-dup
lega rasanya bila 'dapat'
tahu dan 'nampak'
siapa yang mengondem2 kad atm aku.
ooh x sangka, x duga, uh kecewa sangat.
by the way,
kita tunggu CCTV jugak.
tu lagi ORI la dia nye bukti.
hurm~
kalau betoi la 'dia',
nampak nye
tiada maaf bagimu.

sekian.
taw buat taw la tawbat!
lu langsi,lu mati!
wa cau dulu doe.

P/S: BANK ISLAM tolong la cepat, kang naik USUL tergempar esok polak.
eh dah pkol 5 la, office dah tutup.
pada ahli-ahli dewan as kawan-kwan aku,
gempaq kan DPP dengan isu ini!
kebajikan bersama kot.
hehehe

molot herot-berot anda

23 March 2011

Kontes Muka Paling Masam


Tuddiaaa empunye kontes ni. KLIK Jah.

salamualaikom.
Haa.. jangan terkezut weh..
ni still Sapek Suhaimi a.k.a Safiq Ikhwan Syah (SIS).
 hmmmmm...
Series nie lah kontes pertama aku join
selama mem-blogging nie (macam lama sangat je kan),
dah banyak jugak aku tengok kontes sana-sini,
tapi kontes ni jugak la yg berjaya mentarik minat aku
nk join kekontes-an donia belog2 nie.
Mybe sebab aku ada gambar 'spesel' and baik punye na laa kot,
dan
gambar muka termasam dari ladang yang aku
NAK SANGAT
dipertandingkan
and gambarnye adalah....
taddaaa
taddaaa
.
.
.
tengok muka masam ya amat!
nie ayam ke batu!
ggrrrrrr
maka,
kemukaan dan kemasaman
dia nie bukan nye satu,
tapi
.
.
.
.
ahh!! susah2 aku telan je la~
ape aku kesah...
hahaha
Yaa Rabbi,
gegeh betui muke minah nie,
rakus ok!
aauuumm~
sama macam laki dia.
hahaha

Gambar ni momentnye masa jamuan hari raya IKMAR 
kat DUP,USM.
masa ni jugak la event pertama aku join program IKMAR
and sebab program ni jugak la
aku dapat ramai kengkawan yg biol2
macam harumm..
hahaha

p/s: mangsa: ARIN ngok ngek.

**gedebakk aku bagi besar2 muka dia,
 bio clear nampak muke senonoh dia**

molot herot-berot anda

22 March 2011

Terasa tacing saat-saat macam nie.


"kawan sampai kiamat"
kata-kata kak nita kitew bila dia cakap
program dia kat telebesyen.

coretan malam nie,
di saat hujan sedang menonong turun,
membasahi bumi,
tetibe nak menulis lak,
alkisah tacing-mentacing,
bukan senang woo nak cakap sal tacing2 nie,
geli ok.
fine!

baru aku tahu,
siapa itu kawan, sahabat, dan rakan,
ada beza rupenya kan.
masa aku susah2 macam ni,
rupanya ramai yg amik berat pasal aku,
even aku x kenal pon org tuh,
tapi dia punye amik berat,
amat dahsyatt!

teringat masa awal-awal
kehilangan duet hari tu,
bila dapat tahu je duit lesap dalam BANK,
lemah lutut aku dibuatnye kat kaunter,
terpinga-pinga aku x taw nak wat ape,
msa tu jugak,
ramai kawan yg datang mendampingi aku,
x cukup kata-kata semangat,
siap ulur bantuan nak tolong
siapkan IC, LESEN, gi balai, gi ulang alik sana-sini,
semata-mata nak settle kan kes ni.
siyes! aku sayang kawan-kawan aku,
orang kata,
sebab kawan jugak noleh buat kita menangis,
pasai kekasih x de hal sangat,
but bila pasal kawan ja,
memang boleh buat seseorang tu tersentuh haty nya la.
bak kata hati besi boleh jadi air la.
choii sangat la.
hahaha

baru aku tahu juga,
kawan-kawan sangat syg aku,
aku engat aku ni dah x diendahkan sesape dah,
biasalah org degil mcm aku,
sape nak dtg rapat kan,
sungguh x sangka,
lebih ramai yg amik tahu pasal aku,
syukur la.

dan demi malam ni,
sempena malam tacing aku,
terimalah sebuah lagu,

|cinta kristal|

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memanchorrr terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )

sebenarnya aku nak cakap,
dah lama x pi relau,
jom karok minggu nie weh,
gian dah nie,
jom la! jom la! jom la!
neway mahal sangat.
eh! eh ! eh!
kesian la kat batin aku ni,
meronta-ronta mahu
pi karok lagu cinta kristal.
hehehe
yg atas-atas tu intro je.
sekian.


molot herot-berot anda