Penjoin kelabi Milani

27 April 2011

Vitamin B complex- makin gemok??


Salam Sejahtera semua.
Oleh sebab sekarang ni musim exam,
demi menjaga kesihatan badan dan otak,
seperti biasa,
 aku akan cari pil vitamin B complex,
sebab nak beri daya tahan badan aku bertambah kuat,
terhadap serangan virus-virus luar,
dan membekalkan tenaga yg cukup semasa minggu exam ni,
yela..masa2 exam ni lah,
badan cepat  sangat letih,
sebab pulun study last2 minit.
(kebiasaan dak Universiti la kan),
otak pun cepat kremm.


ok sedikit info utk Vitamin B complex ni :

APA KEBAIKAN VITAMIN B COMPLEX SEBENARNYA?

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk:
  • Vitamin B Complex Mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan,
  • Vitamin B Complex Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran,
  • Vitamin B Complex Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,
  • Vitamin B Complex Mencegah barah serviks,penyakit jantung dan kecacatan spina
  • Vitamin B Complex Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.


SIAPA SEBENARNYA YANG PERLU B COMPLEX?

Semua individu perlukan vitamin B Complex terutama mereka yang:
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

TAPI LA KAN : 

hari-hari aku makan vitamin B ni,
tapi yg aku heran sangat-sangat la kan,
kenapa, sejak makan vitamin ni,
1. selera makan bertambah2 ya amat- pagi, tgh ari, petang, malam, tgh malam,
dan awal pagi asyik nak pekena roti telur kat RESTOREN KAYU. ahh dah jatuh chenta ngn roti kat situ.

2. Bila da suka makan je rejenye, dah kompem2 aku menjadi buntal,
perut jgn ckp la kan, kedepan belakang full coverage 360 darjah. makk aihh!
malu la syiak.
even ada majalah mengatakan perut lelaki yg kedepan ( BUNCIT & BOROI) adalah
trend lelaki masa kini. so? sapa2 lelaki yg buncit adalah lelaki MACHO dan disukai ramai wanita 
diluar sana............................kot..

LELAKI PILIHAN RAMAI


ok. sekian.

" sapa2 x nak buncit, jgn makan pil vitamin"
jangan sampai terjebak dengan nie.



molot herot-berot anda

No comments:

Post a Comment