Penjoin kelabi Milani

12 April 2011

kenali telur ayam ciplak..nasib telur


hye guys.
sekarang ni dok heboh citer pasai
teloq ayam palsuq,
di mana ia penuh dengan bahan kimia,
dibuat dan diadun seakan-akan sama,
dengan telur ayam yg asli.
kalau nak tahu,
kini ia sangat-sangat meluas di pasaran dunia,
malah di negara kita sendiri pon melambak,

baik..
mari kita tengok, 
beza antara telur ayam asli & tiruan.
melalui:

Step 1- KULIT TELUR YG LEPAS DIKUPAS.
Telur ayam palsu, bentuk telur itu tidak sekata selepas dikupas.
Telur ayam tulen pula, lebih clean and clear selepas dikupas kulitnya.
P/s: oh patutnya telur yg aku dapat lepas pergi kenduri kawen,
bila aku nak makan kulit semua berterabuk jah, mengelupas sana sini.
tiruan rupenye!
ke aku yg bukak ganas sangat. ah failed la bukak telur.
(kalau org ganas kupas kulit telur ori pun akan hancur mcm telur ayam tiruan jgak kan)

Step 2- ADA RUANG UDARA
Ini telur ayam tiruan, ia tiada ruang udara di dalam nya.
yang ini pula ada ruang udara. sah telur ayam asli.
P/s: nak tahu original ke x, korang kene rebus dulu la,
lepas tu tebuk atas telur tu, kalau ada ruang udara,
makna nye okeh boleh makan la tu.

Step 3- SELAPUT HITAM DI DALAM NYA.
Pelik. tengok ada selaput hitam yg aneh.
ini telur ayam tiruan.
telur ayam asli cantik je, tiada selaput hitam yg pelik.
p/s: kalau sebelum makan tu, pecah-pecahkan dulu la
telur ayam yg korang goreng @ rebus tu, kalau ada selaput itam,
better x yah makan, kang ado yg kene kanser pulak.
hahaha

Step 4- TELUR REBUS YG ANEH
Ade bintik merah & bentuk lebih pejal selepas di rebus.
KIRI-PALSU, KANAN- ASLI.
Step 5- PECAHKAN TELUR
Berterabur kuning telur apabila telur tersebut dipecahkan.
P/s: cuba-cuba la test, try, tengok kalau nak masak telur dadar tu,
pecahkan dulu, kalau kuning nye bulat, xde lebihan-lebihan,
barulah masukkan bawang + lada+ garam yer.

Step 6- WARNA KULIT TELUR
Putih suci- ASLI, cokelat2- TIRUAN
Step 7: BENTUK TELUR.
telur ayam paslu- bentuk bujur & herot berot,
telur ayam asli- cantik je bulatnye.
ermm, ini lah antara langkah-langkah
fizikal yg boleh kita jadikan rujukan
untuk membezakan sama ada
telur ayam tersebut asli atau tiruan.
kalau nak tahu jugak,
mcm mana PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP),
boleh mengkantoikan dan mengkaji masalah telur tiruan nie?
baiklah, mengikut SUMBER mengatakan bahawa,
ada pengguna yg membeli 30 biji telur ayam di Pasar Pulau Tikus
dengan harga RM 11. wow murah la..
disinilah CAP merasa hairan sedangkan harga pasaran
 untuk sebiji telur adalah lebih mahal berbanding yg ada.
jadi, kita yg di USM ni mcm terdedah je kan?
mana tahu, mamak-mamak & mak cik2 cafe jugak
beli telur ayam dari Pasar Pulau Tikus,
yelaa...murah sangat! sape x nak untung kan.

dan
bila dah jadi isu telur ayam ni byk yg tiruan,
mesti gerai-gerai & mak cik2 cafe akan naikkan harga
makanan dengan alasan,
ni telur ori dik, mahal sikit.
kompem punya la!
alahai.. nasib telur la..

dan menjadi lebih peningkan kepala,
jabatan vaterinar mengeluarkan statement bahawa,
tiada telur ayam tiruan di jual di pasaran MALAYSIA,
berdasarkan telur yg dirampas di Pulau Tikus 
tempoh hari,
ia bukan telur tiruan,ia telur asli 
selepas mereka membuat kajian fizikal
berdasarkan saiz yg pelik.
"keganjilan" saiz telur ini,
sepatutnya tidak dijual di negara ini,

“Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.
Sekian sekilas pandang dari pena.


aarrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! 


molot herot-berot anda

No comments:

Post a Comment