Penjoin kelabi Milani

27 April 2011

Vitamin B complex- makin gemok??


Salam Sejahtera semua.
Oleh sebab sekarang ni musim exam,
demi menjaga kesihatan badan dan otak,
seperti biasa,
 aku akan cari pil vitamin B complex,
sebab nak beri daya tahan badan aku bertambah kuat,
terhadap serangan virus-virus luar,
dan membekalkan tenaga yg cukup semasa minggu exam ni,
yela..masa2 exam ni lah,
badan cepat  sangat letih,
sebab pulun study last2 minit.
(kebiasaan dak Universiti la kan),
otak pun cepat kremm.


ok sedikit info utk Vitamin B complex ni :


molot herot-berot anda

15 April 2011

ludah kahak kat susu soya yang sedap. hakk tuihh!


demm. demm. demm
ado donga tak,
ado orang jual susu soya yang sangat laku,
wow. hebat beb,
katanya ade penjual susu soya guna pelaris,
pelaris yg mcm mana tu?
guna susuk ker?
guna cuk botox ker?
guna patung mcm kat kedai2 mamak
khalel & subaidah ker?
(pi tengok kalau x caya)
or
guna pelaris wanita sexy
sebagai tarikan utama pelanggan,
(nie original punye pelaris),



molot herot-berot anda

14 April 2011

oh ceciter- kereta kabel di genting terjatuh??


Salamualaikom.
beb! beb! beb!
korang penah dengar citer ni kan?
alaa citer kereta kabel kat Genting Highland terhempas jatuh gedebuk,
sure ke penah dengar?

seriusly, aku penah dengar,
cerita ni sebenarnya,
agak x femes, 
katanya demi tidak menakutkan orang ramai
datang ke Genting Highland,
almaklomlah, dah dekat2 cuti sem ni,
rugi kot kalau dak2 takut nk p sane,
sebab cuak nk naik kereta kabel & terhempas.
ruginyaa....


molot herot-berot anda

12 April 2011

kenali telur ayam ciplak..nasib telur


hye guys.
sekarang ni dok heboh citer pasai
teloq ayam palsuq,
di mana ia penuh dengan bahan kimia,
dibuat dan diadun seakan-akan sama,
dengan telur ayam yg asli.
kalau nak tahu,
kini ia sangat-sangat meluas di pasaran dunia,
malah di negara kita sendiri pon melambak,

baik..
mari kita tengok, 
beza antara telur ayam asli & tiruan.
melalui:

Step 1- KULIT TELUR YG LEPAS DIKUPAS.
Telur ayam palsu, bentuk telur itu tidak sekata selepas dikupas.
Telur ayam tulen pula, lebih clean and clear selepas dikupas kulitnya.
P/s: oh patutnya telur yg aku dapat lepas pergi kenduri kawen,
bila aku nak makan kulit semua berterabuk jah, mengelupas sana sini.
tiruan rupenye!
ke aku yg bukak ganas sangat. ah failed la bukak telur.
(kalau org ganas kupas kulit telur ori pun akan hancur mcm telur ayam tiruan jgak kan)

Step 2- ADA RUANG UDARA
Ini telur ayam tiruan, ia tiada ruang udara di dalam nya.
yang ini pula ada ruang udara. sah telur ayam asli.
P/s: nak tahu original ke x, korang kene rebus dulu la,
lepas tu tebuk atas telur tu, kalau ada ruang udara,
makna nye okeh boleh makan la tu.

Step 3- SELAPUT HITAM DI DALAM NYA.
Pelik. tengok ada selaput hitam yg aneh.
ini telur ayam tiruan.
telur ayam asli cantik je, tiada selaput hitam yg pelik.
p/s: kalau sebelum makan tu, pecah-pecahkan dulu la
telur ayam yg korang goreng @ rebus tu, kalau ada selaput itam,
better x yah makan, kang ado yg kene kanser pulak.
hahaha

Step 4- TELUR REBUS YG ANEH
Ade bintik merah & bentuk lebih pejal selepas di rebus.
KIRI-PALSU, KANAN- ASLI.
Step 5- PECAHKAN TELUR
Berterabur kuning telur apabila telur tersebut dipecahkan.
P/s: cuba-cuba la test, try, tengok kalau nak masak telur dadar tu,
pecahkan dulu, kalau kuning nye bulat, xde lebihan-lebihan,
barulah masukkan bawang + lada+ garam yer.

Step 6- WARNA KULIT TELUR
Putih suci- ASLI, cokelat2- TIRUAN
Step 7: BENTUK TELUR.
telur ayam paslu- bentuk bujur & herot berot,
telur ayam asli- cantik je bulatnye.
ermm, ini lah antara langkah-langkah
fizikal yg boleh kita jadikan rujukan
untuk membezakan sama ada
telur ayam tersebut asli atau tiruan.
kalau nak tahu jugak,
mcm mana PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP),
boleh mengkantoikan dan mengkaji masalah telur tiruan nie?
baiklah, mengikut SUMBER mengatakan bahawa,
ada pengguna yg membeli 30 biji telur ayam di Pasar Pulau Tikus
dengan harga RM 11. wow murah la..
disinilah CAP merasa hairan sedangkan harga pasaran
 untuk sebiji telur adalah lebih mahal berbanding yg ada.
jadi, kita yg di USM ni mcm terdedah je kan?
mana tahu, mamak-mamak & mak cik2 cafe jugak
beli telur ayam dari Pasar Pulau Tikus,
yelaa...murah sangat! sape x nak untung kan.

dan
bila dah jadi isu telur ayam ni byk yg tiruan,
mesti gerai-gerai & mak cik2 cafe akan naikkan harga
makanan dengan alasan,
ni telur ori dik, mahal sikit.
kompem punya la!
alahai.. nasib telur la..

dan menjadi lebih peningkan kepala,
jabatan vaterinar mengeluarkan statement bahawa,
tiada telur ayam tiruan di jual di pasaran MALAYSIA,
berdasarkan telur yg dirampas di Pulau Tikus 
tempoh hari,
ia bukan telur tiruan,ia telur asli 
selepas mereka membuat kajian fizikal
berdasarkan saiz yg pelik.
"keganjilan" saiz telur ini,
sepatutnya tidak dijual di negara ini,

“Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.
Sekian sekilas pandang dari pena.


aarrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! 


molot herot-berot anda

tanda-tanda orang menipu & mengelak.


teringat dengan 1 peristiwa polak,
tetibe tergerak nak cari statement ni,
umm..
mcm berguna jgak.
ce-tengok kan.
kot2 mengena..
haha


Petunjuk-petunjuk Penipuan


Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.



1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.



2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.



3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.



4. Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.



5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.



6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.



7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.



8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.



9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.



10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.



11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.



12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.



13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.



14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.



15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.



Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya anda hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Anda perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek



Sumber : Blogger ukirancinta

molot herot-berot anda

11 April 2011

its time to suka & duka.


HUH!!
dah bersarang belog aku ni,
lama jugak aku x hupdate belog terchenta nie,
aku bizi la bai,
al-maklomlah nak pilihan raya negeri SWAK kan.
hoi-hoi 
xde kaitan la!
merepek jah.


SUKA:

S- Sapik
U- Ummphh
K- Kendu
A- Arr
fine!
merepek lagi!
ok2, selama aq x dan nk post ni,
byk bende2 best kat berlaku kat aku,

SATU:
 Dah lepas jawatan sebagai NYDP kat kelab geo usm,
uh lega sangat2 la,
even x banyak program yg buat,
at least kami bangga dapat idupkan semula
kelab ni,
walaupon "RAMAI" yg cuba boloskan kekuatan kami.
ah nanti2 la citer
yg penting 1 tanggungjawab dah langsai.




ini lah suka sakan wat kerja sama2 dlam kelab geo.
luv korang la.

DUA:
 Projek MAMPIR: MALAM PENGHARGAAN IKMAR
berjalan dengan baik,
malah ia seperti permulaan utk IKMAR
melakukan evolusi.
mana taknya,
aku melihat mampir ini
seperti dapat mengeratkan semula ikmar,
yg lama-lama kami rapatkan semula,
dah nampak da bayang2..hehe
satu lagi,
aku terharu bila tengok adik2, abang2, kakak,
merewang kat dapur, 
sediakan hidangan nasi ambeng,
even msa tu kitowang jah yg tahu
betapa kelam kelibut gila,
hehe
tp mesra semua tetap ada.
thanx la.
aku bangga menjadi pelopor utama
MAMPIR yg pertama kat IKMAR.
ehem! bukan senang ok jadi pengarah projek 
MAMPIR ni,
kelainan nak kene cari.
fuhh! memang kelainan nama MAMPIR & NASI AMBENG 
+ vespa & basikal tua
menjadi tarikan utama la,
tak sio-sio la
dalam masa dua hari jah,
kami dapat kumpul 200 orang peserta,
tu pon ada yg nak lagi tuh,
tapi x nak la ramai2,
risiko kot.
hehhe
tu je la yg mampu utk mampir kali ni.

respon kata: makan memang puas gila,
pakai talam ok.
hahaha







secara jujur, aku memang suka tengok gambar2 masa MAMPIR ni.
kami mcm family. CERIA, MESRA DAN NAKAL.
kami bangga menjadi ahli IKMAR dan MAMPIR.

TIGA: 
Dinner kali ni semua aku dapat adiah,
dinner hoki, dinner tot, dinner convex, dinner amlis,
dinner geo, mampir,
hampir semua aku menang cabutan bertuah.
ish 1st time kot dapat.
alhamdulillah~
murah rezeki.
allah nak bagi kan.

paling x ley bla!
aku jd best dressed masa dinner AMLIS.
wow! mcm rabun ayam dak2 ni
pilih aku,
tapi memang aku ptt menang kot sebab,
aku ikot tema,
kotemporari la katakan
aku menang botol rm2.
hahaha





hehehe tuu..tuuuu..tuu
botol RM2 from AMLIS
Thanx u olz!

EMPAT: eermm saya ada JOHAN
yey! yey! JOHAN ada disisi saya selalu,
ari2 kene belai,
kene mandikan,
kene urut2 kan,
kene bagi dia makan,
ish! dah la putih.
geram taw.
harap2 JOHAN
sehat selalu la erk!
haha
mana JOHAN oiii!
mana ni
sat2-----
> < ,

cute gila!
ah man0-mano yg ada sakit asma,
gaut ka, lemah lutut kah,
gi kelik2,
jangan ngado2 nak pegang2 JOHAN ni ok.
haha

LIMA: 
Dapat tengok movie JUSTIN BIEBER,
"NEVER SAY NEVER"
kalau nk tau,
memang lama da aku tunggu movie ni,
sebab aku agak minat ngan suara dia ni.
cuba la tengok LIVE sedap x sedap 
suara dia even da pecah sekang suara dia,
ramai yg kata J.B ni mcm pondan,
yela suara kepit,
but tu kalau dengar kat radio ke mana2 ke kan
kalau nak tau pondan ke x dia ni,
p la tengok movie dia ni
kuar 14 april 2011, 
tapi aku menjadi orang terawal yg p tengok
tayangan perdana nya ritu.
gila kental sedap beb!
hehehe



ummppp rasa nya x ramai yg tau kot
sabtu malam ahad ritu dah keluar tayangan perdana dia ni!
hehe

ok kita tukaq pada yg DUKA polak:

D- Demm
U- You (U)
K- Kiss
A- Apek (nama aku la)

see! merepek jah la.

SATU:
 kes aku x selesai lagi,
walau CCTV dah keluar,
dah p jumpe saspek2
but xde yg nak ngaku.
yela
"orang gila berak tengah jalan pon,
dia x nak ngaku tu taik dia kan"

DUA: 
mcm-mcm dah cuba,
sana-sini dah perabih,
kes tetap x jalan,
nasib bek la BIMB dah keluarkan
CCTV but agak tak membantu kot.
hemm~

TIGA: 
"ramai" yg kata,
sah memang dia yg mencurik duet aku,
entah!
x tahu dah nak kata ape.
aku boleh cakap,
kalau ko amik duet aku,
aku redha kan nye,
sebab tu bukan rezki aku kot,
tapi biarlah ALLAH
yg membalasnya,
mybe bukan sekarang,
satu hari nnti sapa tahu kan?
kuasa ALLAH.

EMPAT: 
duka la sebab mcm x de harapan
dah nak dapatkan duet yg dlm bank
tuh.
sangat2 duka,
mcm mana nk sara idup kat usm ni,
yg tinggal berapa bualn jer,
mcm mana nak bayaq duit kereta,
mcm mana nak bayaq duit makan,
mcm mana nak isi minyak,
sume tu guna kan duet ok!
bukannye daun nangka,
petik tepi jalan,
gi kaunter dan bayar,
hurm~

LIMA: 
embah kata,
sabar la cu.
ada hikmah.
yes aku tengah belajaq sabar,
sabar itu separuh daripada iman,
allah tahu segalanya.
insyallah,
semua yg berlaku sebagai pengajaran
utk aku dan orang lain
engat! jangan guna no pin IC kat kad atm korang yer,
pencuri memang bijak walaupan dia bodoh.
hahaha

ENAM:
 ada kawan yg dah berubah,
dulu rapat,
sekarang bagai musuh
kenapa?
mcm ada something x kene la.
bio la.
embah kata!
sabar yer.

dan yg TERAKHIR
ni bukan suka or duka
tapi mcm x tau nak dikategorikan sebagai ape,

kalau nak taw,
tanggal 29 mac 2011,
aku telah dipilih sebagai YDP IKATAN MAHASISWA/I JOHOR USM
pada korang la kan.
kalau korang dpat amanah ni
rasa2 korang suka x?
ke memang tebal muka sangat2 suka,
aku labelkan yg aku
nak kata x suka x jugak,
suka pon x jugak,
try nak tolak,
tapi bila pikiorkan
ia amanah daripada sahabat2 yg ada,
aku teruskan juga.
cuma byk bende yg kene belajaq ok,
mana-mana kesilapan kita betolkan
la sama-sama la ea.
hehe
cuma aku suka sebutkan la
beberapa word sejak jadi YDP ni,
"legasi-delegasi-menjohorkan-ikmar"
mungkin ia akan menjadi motto aku kot,
"akan kita sama-sama melegasikan IKMAR bersama delegasi yg ada"
oh semangat polak pak cik nie.
hahaha






inilah keluarga baru aku.
IKMAR USM TARBAIK LA!


ok la
nite!
oi da pagi la
tido~



molot herot-berot anda